Home / Artikel Menarik / 4 Tips Berguna untuk Pelari Muslim di Gold Coast Marathon

4 Tips Berguna untuk Pelari Muslim di Gold Coast Marathon

GCAM17 Aerial Narrowneck

Gold Coast, Queensland di Australia adalah sebuah kota yang mesra-Muslim yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung-pengunjung beragama Islam. Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips atau panduan kepada pelari-pelari Muslim yang bakal menyertai Gold Coast Marathon.

GCAM17 Surfers Esplanade Runners

1. Solat Subuh di hotel sebelum ke garisan mula
Masuk waktu Subuh adalah di sekitar jam 5:15 pagi. Jadi, bolehlah solat di hotel dahulu sebelum ke garisan mula. Waktu pelepasan bagi kategori marathon penuh adalah pukul 7:20 pagi. Ia tidak seperti di Malaysia, di mana kita perlu berhenti untuk solat Subuh ketika dalam larian. Jadi, peluang untuk mencapai rekod peribadi terbaik (PB) telah dipermudahkan.

Untuk mengetahui waktu-waktu solat di Gold Coast, sila klik https://www.islamicfinder.org/world/australia/2165087/gold-coast-prayer-times/

GCAM17 Cafe

2. Cuba pelbagai makanan halal di Gold Coast
Usah gusar tentang makanan halal di Gold Coast. Oleh kerana terdapat populasi lebih 5,000 penganut agama Islam, restoran-restoran halal mudah didapati di sekitar Gold Coast. Tepuk dada, tanya selera apa masakan yang anda suka – Timur Tengah, Indonesia, Cina, Thai dan sebagainya.

Antara restoran halal yang terkenal adalah Shiraz Authentic Persian Restoran, Arabesque Bazaar, Tandoori Place, Taj Palace dan Mecca Bah. Kepada yang rindukan masakan Malaysia, anda boleh berkunjung ke Golden Legends Malaysian Restaurant yang menawarkan hidangan ala-Cina seperti nasi ayam Hainan, char kway teow, dan makanan laut. Nando’s juga menyajikan hidangan halal.

Harus diingatkan, sesetengah restoran ini juga menjual minuman keras walaupun menu makanannya adalah halal.

Terdapat kedai-kedai runcit seperti 7-11 untuk membeli snek dan minuman.

gold-coast-mosque3

3. Kunjungi Masjid Gold Coast.
Ia adalah satu-satunya masjid di Gold Coast. Terdapat dua tingkat di mana tingkat atas dikhaskan kepada pengunjung perempuan.

Ditadbirkan oleh Persatuan Islam Gold Coast, masjid ini ilhamkan oleh Ghulam Goss, yang khabarnya adalah penganut Islam yang pertama tiba di Gold Coast pada tahun 1920 dari India. Malangnya, beliau telah meninggal dunia sebelum masjid ini siap dibina.

Alamat: Masjid Islamic Society, Allied Road 144, Arundel, Queensland.
Untuk maklumat lanjut, sila klik http://goldcoastmasjid.org.au/

GCAM17 Surfer Paradise Arch Portrait

4. Surau di sediakan di pusat membeli-belah dan taman tema.
Taman tema dan hiburan seperti Warner Bros Movieworld, Sea World, Dreamworld, dan juga pusat membeli-belah besar seperti Harbour Town, semuanya menyediakan ruang yang boleh digunakan untuk menunaikan solat lima waktu.

Sepanjang the Esplanade/pantai Surfers Paradise juga terdapat tandas awam yang dibuka 24 jam untuk mengambil wuduk.

Print

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gold Coast Marathon, sila klik https://goldcoastmarathon.com.au

#JomKitaLari ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca, Nunny & Fadzil yang sudi kongsikan tips yang berguna ini.

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!