Home / Berita Terkini / 13,000 Pelari Sertai Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality

13,000 Pelari Sertai Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality

MHWHNR_2017_005

Serdang, 22 Julai 2017 – Acara larian malam Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality telah mendapat sambutan hangat dengan 13,000 penyertaan tahun ini. Larian ini dianjurkan di lokasi baru iaitu Malaysian Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).

MHWHNR_2017_004

Dihoskan oleh Natalie Kniese, tapak larian malam ini telah dibuka seawal 5 petang untuk para pelari dengan sesi memanaskan badan yang menyeronokkan oleh Fitness First. Pelbagai gerai penaja dan trak makanan telah disediakan untuk pengunjung yang hadir. Antara gerai yang mendapat perhatian ramai adalah gerai interaktif AIA yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung dan juga pelbagai permainan untuk menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

MHWHNR_2017_001
Dari kiri ke kanan: Eugene Phua (MH editor-in-chief), Patrick Brennan (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mongoose Publishing Sdn Bhd), Sueann Chong (WH editor-in-chief) dan Eric Chang (Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd)

Patrick Brennan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mongoose Publishing Sdn Bhd, penerbit Men’s Health and Women’s Health di Malaysia berkata, “Kami gembira untuk menganjurkan kembali Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality untuk kali ketiga, dan menggalakkan orang ramai menyertai kami untuk kesihatan, kesejahteraan dan keseronokan.”

Eric Chang, Ketua Pegawa Pemasaran AIA Bhd., juga menambah, “Kami bangga menjadi sebahagian daripada acara Men’s Health Women’s Health Night Run yang berjaya dilangsungkan. Kami percaya dengan penganjuran acara ini orang ramai dapat diperkasakan untuk mengambil tanggung jawab terhadap kesihatan mereka untuk Malaysia yang lebih sihat.”

MHWHNR_2017_003

Acara tambahan yang baru kepada Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality tahun ini adalah perlumbaan 700-metre dan 3KM Kids Run yang dimulakan pada jam 6 petang. Para pelari acara 5km, 12km dan 21km dilepaskan secara berperingkat bermula jam 7 petang.

MHWHNR_2017_002

Kemeriahan di tapak acara diteruskan selepas perlepasan pelari dengan putaran muzik rancak oleh Shaheed Naz dari kumpulan electro DJ Dangerdisko sehingga larut malam.

Pemenang-pemenang larian acara kompetitif 12KM dan 21KM membawa pulang hadiah-hadiah menarik tajaan Le Meridien Putrajaya, Schick, New Balance, Fitness First, Lo Hong Ka, Fossil, Compressport & Devers, and Energy Day Spa.

MHWHNR_2017_006

Dianjurkan oleh Mongoose Publishing Sdn Bhd, acara Men’s Health Women’s Health Night Run by AIA Vitality 2017 disokong oleh penaja utama AIA  dan penaja emas, Ultron. Penaja gangsa – Fitness First, Schick, Fossil, Compresport, Dever dan Clear. Larian Kids Run ditaja oleh Time Out Malaysia Kids, The Children’s House, Club Med dan Clarks. Rakan kongsi termasuk Lucozade, Lo Hong Ka, Energy Spa & Wellness, The Children’s House, Clarks, New Balance, Jussu dan Le Meridien Putrajaya. Rakan penjualan tiket Twenty First Century Sports dan penaja lokasi MAEPS dan Atria. Penaja hadiah tambahan termasuk Club Med, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa dan SquEEEze Me Baby.

Untuk galeri gambar #MHWHNR2017, sila klik DI SINI.. Foto ihsan Men’s Health Women’s Health Run.

Laman Web Rasmi:
http://www.mens-health.com.my/nightrun/event
http://www.womens-health.com.my/nightrun/event

Check Also

Electric_Run_Malaysia_002

14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

Share this on WhatsApp Putrajaya, 29 Julai 2017 – Pelari, pejalan kaki dan penari menyinari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *