Home / Artikel Menarik / 10 Perihal parkrun Malaysia Yang Anda Perlu Ketahui

10 Perihal parkrun Malaysia Yang Anda Perlu Ketahui

parkrun-malaysia_002

Acara larian mingguan global 5km, parkrun telah dilancarkan di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada 14 April 2018. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang ke-20 di dunia dan kedua di Asia, selepas Singapura yang menganjurkan larian taman 5km tersebut.

Parkrun turut popular di negara-negara seperti Australia, Canada, Denmark, Ireland, New Zealand, Poland, Russia, South Africa, United Kingdom, Singapore dan republik Czech.

parkrun-malaysia_003

Jika anda belum pernah lagi menyertai parkrun, jom kita baca 10 perihal yang perlu anda ketahui sebelum menyertai larian parkrun ini.

parkrun-malaysia_004

1. Percuma
Sesiapa pun boleh sertai larian ini tanpa tanpa dikenakan bayaran.

parkrun-malaysia_005

2. Ia diadakan setiap pagi Sabtu
Di mana jua di dunia, parkrun diadakan setiap hari Sabtu, jam 7.30 pagi.

parkrun_malaysia_pudu_ulu_007

3. Bertempat di Taman Rekreasi Pudu Ulu
Acara parkrun pertama di Malaysia berlangsung di Taman Rekreasi Pudu Ulu di alamat Jalan Pudu Hulu, Taman Pertama, 55300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tempat berkumpul adalah di khemah putih besar di tengah taman tersebut. Para sukarelawan yang memakai vest berwarna oren dengan perkataan “parkrun” bersedia untuk membantu anda.

4. Jarak – 5km
Tanpa mengira anda seorang pelari baru atau berpengalaman, jarak untuk semua pelari parkrun adalah sama – 5km di serata dunia.  Nikmati larian di taman yang indah ini bersama keluarga atau rakan-rakan.

parkrun-malaysia_008

5. Keputusan masa akan dicatatkan
Setiap peserta parkrun dikehendaki mendaftar sekali untuk barcode di www.parkrun.my/register
Cetak dan bawa barcode untuk setiap larian. Acara parkrun akan bermula pada tepat jam 7.30 pagi. Catatan masa adalah mengikut “gun time”. Pelari yang lewat tidak akan mendapat catatan masa.

Peserta akan menerima keputusan catatan masa larian melalui emel. Mereka boleh merujuk ke laman web http://www.parkrun.my/tamanpuduulu/results/latestresults/

parkrun-malaysia_001

6. Jika anda peserta baru, datanglah lebih awal untuk taklimat
Taklimat akan dimulakan tepat pada jam 7.20 pagi. Pelari dinasihatkan menghadiri taklimat tersebut untuk memahami konsep parkrun dan aspek keselamatan larian tersebut.

Papan tanda dan marshal akan ditempatkan di lokasi utama di sepanjang laluan. Anda juga boleh dapatkan maklumat laluan di http://www.parkrun.my/tamanpuduulu/course/

parkrun-malaysia_010

7. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak
Pelari berumur 4 dan ke atas boleh memohon untuk mendapatkan Barcode. Kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dikehendaki berlari dalam jarak sedepa daripada ibubapa atau penjaga.

parkrun-malaysia_012

8. Dianjurkan sepenuhnya oleh sukarelawan.
Para sukarelawan akan memakai vest berwarna oren terang. Mereka korbankan pagi Sabtu mereka untuk membolehkan anda semua berlari dengan percuma. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka.

Anda juga dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan kepada parkrun.

parkrun-malaysia_001

9. T-Shirt Percuma
Wow! Larian percuma dengan kemeja-T percuma! Tapi dengan syarat – pelari dewasa harus menamatkan 50 parkrun untuk mendapatkan sehelaikemeja-T dengan percuma. Berikutnya, pelari juga boleh mendapatkan kemeja-T apabila jumlah larian mencecah 100, 250 dan 500  parkrun.

Untuk kanak-kanak bawah 19 tahun pula, sehelai kemeja-T akan diberikan setelah menamatkan 10 parkrun. Sukarelawan juga akan menerima sehelai kemeja-T selepas bertugas sebanyak 25 kali.

parkrun-malaysia_014

10. Jangan balik dulu selepas larian
Selepas larian, peserta parkrun digalakkan berkumpul di Restoran Havva untuk sarapan dan beramah-mesra dengan peserta yang lain. Alamat: 32, Lorong 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sukarelawan akan membawa anda ke restoran tersebut selepas larian.

parkrun-malaysia_004 (1)

Untuk maklumat lanjut tentang parkrun Malaysia, sila layari http://www.parkrun.my/tamanpuduulu/ atau https://www.facebook.com/parkrunMY/

Artikel asal: http://runwitme.blogspot.my/2018/04/10-things-you-need-to-know-about.html

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.